Friday, December 10, 2010

Al-Kisahnya Kalau Kelantan Keluar Dari Malaysia.....

credit to http://marhaenkacak.blogspot.com/

Flag of Kelantan

Al Kisahnya (toyyiib) nanti pada tanggal 28 bulan Zulkaedah tahun 1431 Hjrah, sesungguhnya Negeri Kelantan Tanah Sri Indah Sekebun Bunga telah keluar dari Persekutuan Malaysia. Arakian Negara Kelantan telah wujud di dalam peta dunia hendaknya. Dan sesungguhnya hasil berkat Allah s.wt, maka aman makmurlah bumi warisan Raja Jembal ini.

Hendaklah di jadikan cerita tiga keturunan sudah berlalu dan Negara Kelantan amat lah maju akibat hasil mahsul bumi seperti emas hitam dan gaharu hendaknya. 'Bangsa Kelantan' ketika itu amat lah sejahtera dan makmur

Pada satu ketika terkeluarla dinternet bahawa Persekutuan Malaysia ingin membawa kebudayaan mereka seperti keris berluk 7, kain batik, juga Seni Silat untuk diperkenalkan warisan ini kepada mata dunia yang fana ini sebagai warisan tamadun Persekutuan Malaysia

Nah, Arakian tercetuslah amarah kepada penduduk Negara Kelantan itu kerana Persekutuan Malaysia telah mencedok dan merampok budaya mereka. Maka kata Bangsa Kelantan itu :

Cis, mung ore2 Melayu nok gedebe ngan ore2 Klate, Mung tunggu ore klate punye gedebe maghi!!!!!

Nak dijadikan cerita, rakyat2 jelata Negara Kelantan itu telah membuat persepakatan untuk 'menganyang' Persekutuan Malaysia' secukup2nya. Al kisahnya maka habislah bendera Malaysia itu dibakar oleh juak2 Kelantan dengan terang2 terangan di tempat orang kebanyakan. Maka marah betul lah mereka itu kepada Persekutuan Malaysia hendaknya.

Sementelahan itu ,Orang2 Tanah Melayu juga berasa jijik dengan Kelantan Darul Naim itu sehinggakan habislah semua gerai2 tomyam di Kuala Lumpur di bakar dan tidaklah lagi budu diperdagangkan di pasar2 mereka.

Hatta, mereka itu Bangsa Kelantan hendaknya ingin mengugut membunuh sapa saja rakyat jelata Bumi Melayu yang ada di Tanah Sri Indah Sekebun Bunga itu. Malah, ada penglipurlara berkata bala2 tentera Kerajaan Kelantan telah pun bersedia menyerang Bumi Malaysia dan telah pun berkampung di Grik dan Jerteh menyebabkan rakyat jelata di negeri Melayu Kedah dan Terenganu, menjadi takut sekali hendaknya.......

Sekian.......

Marhaen Kacak : Rilek orang2 Kelantan...muehehehe.... ini aku merapu jer.... takde kene mengene pun antara yg hidup dengan yang mati.....

Actually ape yang aku coretkan kat atas ni adalah analogi tentang ape yang berlaku skarang. 'Bangsa Kelantan' di atas adalah seperti 'Bangsa Indonesia' sekarang

Wahai orang2 'Indonesia'

Apalah sengal sangat korang ni.... kita satu rumpun... takde istilah mencuri budaya ke hape ke.... Budaya kite lebih kurang jer... Ko cakap aku faham, aku cakap ko pun faham...bile nak bercakap kite guna Bahasa yang sama.... tak kisah la ko Acheh ke, Bugis ke, Sunda ke, Madura ke.... Loghat ko lain2, tapi kite masing boleh bertutur dan faham memahami bile berjumpa....

Korang pikirlah...... Takpela kalau dulu Jerman dan Russia nak berperang pun. Jepun dengan USA nak berperang pun...Mereka bangsa yang berbeza dongggg..... Orang Arab takkan faham Bahasa Orang Asli Red Indian kat Amerika Utara nunnn...Sebab ape? sebab depa lain bangsa la kan?.

So, bahasa menunjukkan bangsa kan? Kita satu rumpun walaupun suku berlainan....Kita semua adalah Bani Jawi yang bertamadun tinggi. Dari Langkat hingga la Ke Irian Jaya, Dari Champa hinggalah ke Bali, Dari Fiji hinggalah ke Mindanao, kita semua bersaudara. Adat budaya lebih kurang sama. Yang lain hanya disebabkan tempat kelahiran kita berbeza.... Tapi, nenek moyang kita tetap sama..... Kita bawak2 panji2 yang sama.


Wahai Orang Malaysia...

Tahukah korang yang sebelum masehi hingga lah sebelum merdeka, nenek moyang kita bebas berulang alik antara kepulauan di nusantara ini. Kenapa ade wayang kulit di Kelantan, ada juga wayang kulit di Jawa? Kenapa orang Terengganu sama menyebut makan sebagai 'makang' sebagaimana orang Bugis?. Kenapa As-Syahid Raja Haji, Pahlawan Nasionalis Indonesia itu mati terkorban di Teluk Ketapang, Melaka?

Nusantara ini tanah kita bersama. Di mana pun Bani Jawi berpijak di situ la maqam kita. Kita sama2 pelayar yang hebat di masa dahulu. Sama2 ada kapal besar yang mendahului zaman. Susah senang sama2 menjaga nusantara ini. Kalau kita bangsa yang berbeza, buat apa Daeng Parani 5 bersaudara datang ke Semenanjung Melaka untuk berkerajaan atas jemputan orang tempatan??.

Jangan termakan dan diperbodohkan dengan sempadan geografi yang diletakkan penjajah. Pada zaman imperialis, mereka2 berebut2 hendak membezakan tanah jajahan mereka maka timbul lah nama Malaya dan Indonesia. Itu saja. Bung Soekarno tahu ini semua. Tunku Abdul Rahman tahu ini semua. Jangan kita terlupa pula kita rumpun yang sama. Ini semua kerja penjajah tak mahu kita bersatu.

Kita boleh terima orang Brunei sebagai 'Melayu Brunei'. Tapi ada antara kita menghina dan pandang sebelah mata kepada 'indon' seolah2 diorg datang dari planet lain. Padahal kita baik plak dengan Wak Wagio yang supply tempe kat taman korang......haha.... Apasal ade double standart... Common, Buka mata dan celik lah sejarah.... Orait...

Melayu bukan kita je beb... Melayu bukan suku kaum.... Melayu adalah generalisasi rumpun nusantara...Melayu itu Bani Jawi, Bani Jawi itu Melayu....

4 comments:

love for life said...

tu la matahari keringkan luar je!

mysara zaini said...

jadah ape tetibe dialog iklan..hehe

za:lela said...

tahniah atas penulisan ilmiah begini, tukang karang!!

p/s : saya orang melayu perak (guna e taling bila baca)

miss caprioska said...

alamak..aku failed sejarah babe.. bagus2 informasi yg membuatkn aku lebih berpengatahuan..ahahhahaa