Geram, sedih, marah bila aku baca artikel dalam Berita Harian hr nie bertajuk "Ibu tertuduh meraung, pengsan 2 kali". Boleh klik link nie utk artikel penuh. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ibutertuduhmeraung_pengsan2kali/Article
Ibu yg meraung tu merujuk pada ibu tertuduh, Mohd Fazli Azri Jamil, yg dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam. Tertuduh dijatuhkan hukuman setelah disabitkan bersalah kerana membunuh Syafiah Humaira, anak kepada teman wanitanya sendiri, dengan cara menendang dan memijak perut kanak-kanak malang nie.
Seperti biasa, si ibu mesti sangat susah utk menerima hakikat yg anaknya bersalah, apatah lagi bergelar pembunuh sampaikan dijatuhi hukuman mati. Walau seteruk atau sejahat mana pun seorang anak, ibu tetap ibu, kasih sayangnya tetap utuh.
Tapi, yg buat aku rasa geram, marah dan sedih td tu not actually bcoz of apa yg tertuduh tu da buat (macam mana pun tertuduh tu memang tak berperikemanusiaan!), tp lebih kepada ibu Syafiah, Siti Nurhanim. After her daughter has been killed, how could she said that the killer is "PENYAYANG"! Astaghfirullah, takde otak ke ape??
Masa kematian Syafiah dulu, Siti Nurhanim nie cakap hanya manusia berhati binatang jea yg tergamak membunuh budak tak berdosa nie. Tapi semalam, setelah hukuman dijatuhkan, Siti Nurhanim dilihat mendekati tertuduh sambil menangis, dan tertuduh telah mencium pipi wanita nie. Ewah, larat lg kau nk terima kiss dari lelaki yg dulu kau panggil berhati binatang??
Bila reporter interview Siti Nurhanim dan tanya sama ada dia marahkan tertuduh atau tak, sekali lagi dia buat kenyataan orang bodoh, "Sebenarnya saya tidak pernah marah tertuduh sebab dia tidak bersalah dan dia tidak ada niat untuk bunuh anak saya." %@#&*@
Dan satu lagi kenyataan bodoh yg keluar dari mulut Siti Nurhanim bila ditanya sama ada masih sayangkan tertuduh, jawabnya "Sebab dia (tertuduh) terlampau sayang anak sayalah (Syafiah Humaira) saya sayang dia. Tertuduh seorang yang penyayang."
Siti Nurhanim, aku tak tau kau nie jenis ibu yg macam mana, tp kalau setakat reti buat anak dan beranak jea, baik tak payah. Hentikanlah!
p/s: Al-Fatihah buat Syafiah Humairah........
No comments:
Post a Comment