Lately isu rakyat Indonesia di negara itu tunjuk perasaan dan melaungkan kata-kata yg menyakitkan hati aku (dan semua rakyat Malaysia) makin menjadi-jadi. Huru-hara diorang kat sana hanya untuk menghina Malaysia. Dan kita seperti biasa hanya mendiamkan diri, kalau ada yg bersuara pn kira-kiranya "behind the scene".
"Jurucakap GERAM yang mahu dikenali sebagai Sheila pula berkata, kumpulan itu mendesak Kerajaan Indonesia menjadikan Malaysia wilayah ke-34 republik itu jika Kuala Lumpur terus menunjukkan sikap tidak menghormati Indonesia."
Sumber: Berita Harian, 1 September 2010
Macam mana diorang boleh terfikir utk jadikan Malaysia sebahagian dari negara diorang?? Rakyat yg ada di negara tu pun tak terbela sepenuhnya, inikan pulak nak tambah lagi satu??
Geram dan marah bila tengok dan baca tentang kedutaan kita yg dihina, dilempar najis manusia (menunjukkan betapa tak bertamadunnya diorang), Jalur Gemilang kita dibakar dan dipijak sesuka hati. BIADAP! Kalau betul nak tunjuk hero sgt, pegilah selamatkan ramai rakyat diorang yg miskin, fakir.. Setakat melalak, terpekik terlolong depan kedutaan Malaysia, boleh ubah apa-apa ke??
Dianggarkan lebih kurang 3 juta rakyat Indonesia yg berada di Malaysia (termasuk PATI). Most of them bergadai nyawa utk masuk ke Malaysia. Kenapa? Pasal kehidupan di negara diorang sendiri tak menjanjikan apa-apa yg berharga utk masa depan.
Bila berlakunya bencana (tsunami, gempa bumi dll.), Malaysia antara negara terawal yg akan hulurkan bantuan, tak kira dlm bentuk apa sekalipun. Kenapa masa terjadinya semua bencana tu, BENDERA (Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Malaysia), LIRA (Lumbung Informasi Rakyat), GERAM (Gerakan Rakyat Anti Malaysia) dan lain-lain kumpulan tunjuk perasaan nie tak buat demonstrasi nk ganyang Malaysia? Kenapa menikus jea?
Kita bersusah payah ke sana bagi diorang bantuan, rakyat diorang kat sini pulak buat macam-macam kes jenayah. Samun, dera anak majikan, rogol, bunuh, dan yg paling famous, bawa lari anak dara rakyat kita (kes macam nie perempuan tu pun salah jugak, sama naik!). Langsung tak sedar diri dan tak menghargai betapa banyak budi yg Malaysia taburkan pada Indonesia!
Berkenaan Tenaga Kerja Indonesia, ye betul Malaysia memerlukan tenaga kerja dari sana, tp mereka DIBAYAR! Dalam keberangkalian 10 pekerja, mungkin ada seorang yg kurang bernasib baik, gaji ditahan oleh majikan dan sebagainya, tp berapa ramai pulak yg boleh menghantar duit balik ke kampung diorang di Indonesia tu? Bukannya sikit yg diorang dapat, siap boleh beli rumah lagi. Haishhhh....
Tp, sebagai individu aku tak nafikan, bukan semua rakyat Indonesia yg jahat, pendek akal dan sebagainya. Aku sendiri kenal ramai yg baik-baik, yg memang ikhlas dtg ke Malaysia untuk mencari rezeki. Malangnya, sikap sebahagian lagi yg tak sedar diri tu membuatkan rakyat Indonesia yg baik jugak tercemar.
Hopefully, ikatan antara dua negara nie akan jadi lagi baik dari sekarang, bukan hanya kerana serumpun, tp atas nama Islam, memandangkan kebanyakan rakyat dari dua negara ini menganuti agama suci Allah S.W.T. tu.
~mysara~
No comments:
Post a Comment