Tuesday, September 21, 2010

INDUSTRI YANG SEMAKIN KELAM (KEJAM)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua warga malaysia. Walaupun dah lebih seminggu beraya namun hangat raya masih lagi terasa. Walau hangat macam mana pun raya,bagi para pembikin filem di Malaysia khususnya masih lagi sejuk beku dengan asam garam industri. Beberapa rakan meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap industri yang semakin kelam & kejam terhadap mereka.

Apa nk dikata? Mereka hanya mampu meluahkan apa yang terbuku dihati mereka pada insan yang tidak punya kuasa atau kuku sepertiku. Mereka juga sepertiku, PUNYA KELUARGA YANG HARUS DITANGGUNG. Bayaran yang diterima mereka hanyalah cukup-cukup makan kata mereka. Ini adalah situasi yang sangat common sewaktu aku bekerja sebagai seorang freelance suatu ketika dulu.

Apapun segala permasalahan ini bertitik tolak pada produser yang semakin kaya. Memang betullah apa yang diluahkan oleh rakan-rakan industri "yang kaya semakin kaya,yang susah semakin susah". Satu sistem yang ditentang habis-habisan oleh komunisme. Bayangkan penggambaran yang memakan masa selama 2 bulan bayaran yang diterima adalah seperti bayaran aku yang bekerja tetap di pejabat yang berhawa dingin! Kata pihak produser "ini bayaran untuk melihat tahap bekerja" yang setahu aku Finas sendiri telah menetapkan harga yang sepatutnya dibayar kepada tenaga kreatif sesebuah produksi.

Bila lagi suara-suara dari persatuan atau pertubuhan yang kononnya mahu menjaga kepentingan pekerja-pekerja filem mahu beraksi?

No comments: