Tuesday, September 28, 2010

hujan di pagi hari....

Hari nie mendung, semendung hati nie.... Pagi-pagi pergi kerja dah hujan, dari keramat sampai ke mines... Walaupun hujan tak lebat, tak ada kilat sabung-menyabung, tak ada petir yang menyakitkan mata, tapi hari tetap suram...

Bisik ku pada bulan
Kembalikan temanku

Kekasihku, syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang biar malam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku

Thursday, September 23, 2010

Siti Nurhanim, di mana nilai keibuan anda??

Geram, sedih, marah bila aku baca artikel dalam Berita Harian hr nie bertajuk "Ibu tertuduh meraung, pengsan 2 kali". Boleh klik link nie utk artikel penuh. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ibutertuduhmeraung_pengsan2kali/Article

Ibu yg meraung tu merujuk pada ibu tertuduh, Mohd Fazli Azri Jamil, yg dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam. Tertuduh dijatuhkan hukuman setelah disabitkan bersalah kerana membunuh Syafiah Humaira, anak kepada teman wanitanya sendiri, dengan cara menendang dan memijak perut kanak-kanak malang nie.


Seperti biasa, si ibu mesti sangat susah utk menerima hakikat yg anaknya bersalah, apatah lagi bergelar pembunuh sampaikan dijatuhi hukuman mati. Walau seteruk atau sejahat mana pun seorang anak, ibu tetap ibu, kasih sayangnya tetap utuh.

Tapi, yg buat aku rasa geram, marah dan sedih td tu not actually bcoz of apa yg tertuduh tu da buat (macam mana pun tertuduh tu memang tak berperikemanusiaan!), tp lebih kepada ibu Syafiah, Siti Nurhanim. After her daughter has been killed, how could she said that the killer is "PENYAYANG"! Astaghfirullah, takde otak ke ape??



Masa kematian Syafiah dulu, Siti Nurhanim nie cakap hanya manusia berhati binatang jea yg tergamak membunuh budak tak berdosa nie. Tapi semalam, setelah hukuman dijatuhkan, Siti Nurhanim dilihat mendekati tertuduh sambil menangis, dan tertuduh telah mencium pipi wanita nie. Ewah, larat lg kau nk terima kiss dari lelaki yg dulu kau panggil berhati binatang??

Bila reporter interview Siti Nurhanim dan tanya sama ada dia marahkan tertuduh atau tak, sekali lagi dia buat kenyataan orang bodoh, "Sebenarnya saya tidak pernah marah tertuduh sebab dia tidak bersalah dan dia tidak ada niat untuk bunuh anak saya." %@#&*@

Dan satu lagi kenyataan bodoh yg keluar dari mulut Siti Nurhanim bila ditanya sama ada masih sayangkan tertuduh, jawabnya "Sebab dia (tertuduh) terlampau sayang anak sayalah (Syafiah Humaira) saya sayang dia. Tertuduh seorang yang penyayang."

Siti Nurhanim, aku tak tau kau nie jenis ibu yg macam mana, tp kalau setakat reti buat anak dan beranak jea, baik tak payah. Hentikanlah!

p/s: Al-Fatihah buat Syafiah Humairah........

Tuesday, September 21, 2010

makan RaYa @ office...

After seminggu cuti raya, hr nie buat makan-makan sempena raya kat office.. Kira buat pot luck ar, aku, Ayu, Sue, Kak Lela and Khairul bwk makanan sorang sket, and hidang utk colleague yg lain. Macam-macam ada!



Baru nk diet balik, da makan nasi lemak ar, nasi impit kuah kacang ar, kuih raya lagi.... Burpppp!! Konyang da den! Janji semua org happy, even aku sendiri rasa termenyampah with 'diva wannabe'. :p

Nie seme colleague aku, plus my Boss, Justin!
yg paling tinggi tu lah boss aku..hehe

Dari kiri: Race, Dian, Lela, Sue

yg baju merah tu ayu namanye..

yg pakai songkok tu YB wannabe..hehe.. Khairul..
 So, Selamat Hari Raya Aidilfitri, again! :)

INDUSTRI YANG SEMAKIN KELAM (KEJAM)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua warga malaysia. Walaupun dah lebih seminggu beraya namun hangat raya masih lagi terasa. Walau hangat macam mana pun raya,bagi para pembikin filem di Malaysia khususnya masih lagi sejuk beku dengan asam garam industri. Beberapa rakan meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap industri yang semakin kelam & kejam terhadap mereka.

Apa nk dikata? Mereka hanya mampu meluahkan apa yang terbuku dihati mereka pada insan yang tidak punya kuasa atau kuku sepertiku. Mereka juga sepertiku, PUNYA KELUARGA YANG HARUS DITANGGUNG. Bayaran yang diterima mereka hanyalah cukup-cukup makan kata mereka. Ini adalah situasi yang sangat common sewaktu aku bekerja sebagai seorang freelance suatu ketika dulu.

Apapun segala permasalahan ini bertitik tolak pada produser yang semakin kaya. Memang betullah apa yang diluahkan oleh rakan-rakan industri "yang kaya semakin kaya,yang susah semakin susah". Satu sistem yang ditentang habis-habisan oleh komunisme. Bayangkan penggambaran yang memakan masa selama 2 bulan bayaran yang diterima adalah seperti bayaran aku yang bekerja tetap di pejabat yang berhawa dingin! Kata pihak produser "ini bayaran untuk melihat tahap bekerja" yang setahu aku Finas sendiri telah menetapkan harga yang sepatutnya dibayar kepada tenaga kreatif sesebuah produksi.

Bila lagi suara-suara dari persatuan atau pertubuhan yang kononnya mahu menjaga kepentingan pekerja-pekerja filem mahu beraksi?

Monday, September 20, 2010

Aku Bangga Bergelar Melayu

Melayu adalah kaum majoriti di Malaysia! Walau siapa pun yg menafikan kenyataan nie, faktanya Melayu masih kaum terbesar di Malaysia. Hakikat!

Aku dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Dalam kad pengenalan pn tertulis aku berbangsa Melayu, mcm tu jugak dengan kedua-dua orang tuaku. Tak pernah ada sekelumit pn perasaan malu menjadi Melayu, malahan aku sangat sayangkan bangsaku ini.

Bukan bermakna bangsa mendahului agamaku, Islam. Tidak! Jangan kerana bangga menjadi Melayu, aku diklasifikasikan sebagai kafir, tak sayangkan agama. Aduh, rendahnya mentaliti kebanyakan Melayu hanya kerana taksub dengan politik dan orang tertentu.

Sedarlah, tanpa Melayu Islam di Malaysia nie, agama kita hanya dipandang sebelah mata, dihina dan dipermainkan sesuka hati. Sedarlah wahai Melayu, perjuangkan bangsa kita demi Islam!

Tuesday, September 14, 2010

Selamat Hari Raya.... yg ke-5! =)

Rasa mcm sekejap jea puasa, dalam sibuk-sibuk.. da hari raya yg ke-5! Memang sgt pantas masa berlalu, sampai tak sedar waktu yg berjalan..

This is my first Eidulfitri as a married person. Busy gilo! After solat raya (tp aku tak pergi pun, zaini pergi sorang jea..hehe), breakfast and salam raya with my parents and adik-adik, terus balik kampung zaini kat Beranang. Memang terasa janggal, yelah sebelum nie tak pernah beraya without my parents. Tapi family zaini semua pun ok, tak banyak hal.

Petang ke Puchong, rumah salah seorang pakcik from my mom's side. Lepas tu balik beraya kat Beranang lagi. Raya kedua lepas beraya kat rumah adik ipar, tolong family zaini layan tetamu dtg beraya. Petang ke Kuang pulak, pergi rumah pakcik aku yg lain pulak, then balik Beranang lagi. Adoyai penatnya! Pusing satu Selangor.

Pagi raya ketiga bertolak ke Johor pulak. Nie barulah balik Keramat. Letih yg amat. Demi nk jaga hati dua-dua belah pihak, aku rs mcm da lembik. Zaini pulak da demam, dgn cuaca yg panas tak berangin nie. Kesian zaini.

Actually, dapat zaini as a husband mmg untung, lagi-lagi org yg tak reti control temper mcm aku nie. Diye tak kisah pun nk beraya sampai pusing satu Selangor. Memang understanding and cool! Thanx bb!

Anyway, Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua, semoga hari raya nie beroleh keberkatan dan happy-happy selalu!

Wednesday, September 1, 2010

"Ganyang Malaysia"

Lately isu rakyat Indonesia di negara itu tunjuk perasaan dan melaungkan kata-kata yg menyakitkan hati aku (dan semua rakyat Malaysia) makin menjadi-jadi. Huru-hara diorang kat sana hanya untuk menghina Malaysia. Dan kita seperti biasa hanya mendiamkan diri, kalau ada yg bersuara pn kira-kiranya "behind the scene".



"Jurucakap GERAM yang mahu dikenali sebagai Sheila pula berkata, kumpulan itu mendesak Kerajaan Indonesia menjadikan Malaysia wilayah ke-34 republik itu jika Kuala Lumpur terus menunjukkan sikap tidak menghormati Indonesia."
Sumber: Berita Harian, 1 September 2010


Macam mana diorang boleh terfikir utk jadikan Malaysia sebahagian dari negara diorang?? Rakyat yg ada di negara tu pun tak terbela sepenuhnya, inikan pulak nak tambah lagi satu??

Geram dan marah bila tengok dan baca tentang kedutaan kita yg dihina, dilempar najis manusia (menunjukkan betapa tak bertamadunnya diorang), Jalur Gemilang kita dibakar dan dipijak sesuka hati. BIADAP! Kalau betul nak tunjuk hero sgt, pegilah selamatkan ramai rakyat diorang yg miskin, fakir.. Setakat melalak, terpekik terlolong depan kedutaan Malaysia, boleh ubah apa-apa ke??

Dianggarkan lebih kurang 3 juta rakyat Indonesia yg berada di Malaysia (termasuk PATI). Most of them bergadai nyawa utk masuk ke Malaysia. Kenapa? Pasal kehidupan di negara diorang sendiri tak menjanjikan apa-apa yg berharga utk masa depan.

Bila berlakunya bencana (tsunami, gempa bumi dll.), Malaysia antara negara terawal yg akan hulurkan bantuan, tak kira dlm bentuk apa sekalipun. Kenapa masa terjadinya semua bencana tu, BENDERA (Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Malaysia), LIRA (Lumbung Informasi Rakyat), GERAM (Gerakan Rakyat Anti Malaysia) dan lain-lain kumpulan tunjuk perasaan nie tak buat demonstrasi nk ganyang Malaysia? Kenapa menikus jea?

Kita bersusah payah ke sana bagi diorang bantuan, rakyat diorang kat sini pulak buat macam-macam kes jenayah. Samun, dera anak majikan, rogol, bunuh, dan yg paling famous, bawa lari anak dara rakyat kita (kes macam nie perempuan tu pun salah jugak, sama naik!). Langsung tak sedar diri dan tak menghargai betapa banyak budi yg Malaysia taburkan pada Indonesia!

Berkenaan Tenaga Kerja Indonesia, ye betul Malaysia memerlukan tenaga kerja dari sana, tp mereka DIBAYAR! Dalam keberangkalian 10 pekerja, mungkin ada seorang yg kurang bernasib baik, gaji ditahan oleh majikan dan sebagainya, tp berapa ramai pulak yg boleh menghantar duit balik ke kampung diorang di Indonesia tu? Bukannya sikit yg diorang dapat, siap boleh beli rumah lagi. Haishhhh....

Tp, sebagai individu aku tak nafikan, bukan semua rakyat Indonesia yg jahat, pendek akal dan sebagainya. Aku sendiri kenal ramai yg baik-baik, yg memang ikhlas dtg ke Malaysia untuk mencari rezeki. Malangnya, sikap sebahagian lagi yg tak sedar diri tu membuatkan rakyat Indonesia yg baik jugak tercemar.

Hopefully, ikatan antara dua negara nie akan  jadi lagi baik dari sekarang, bukan hanya kerana serumpun, tp atas nama Islam, memandangkan kebanyakan rakyat dari dua negara ini menganuti agama suci Allah S.W.T. tu.

~mysara~